KUALA LUMPUR: Wakil China, Shi Yu Qi mempamerkan aksi cemerlang untuk menamatkan penguasaan pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2024 hari ini.
Ketika tumpuan diberikan kepada Axelsen untuk meraih kejuaraan ketiga berturut-turut selepas melakukannya pada 2022 dan 2023, Yu Qi muncul pemusnah apabila menundukkan pemain Denmark itu 21-12, 19-21, 21-17 selepas pertarungan sengit 70 minit.
Ia merupakan kemenangan ketiga pemain berusia 27 tahun itu ke atas Axelsen dalam 12 pertemuan mereka.
Edisi kali ini bakal menyaksikan juara baharu membabitkan Yu Qi dengan seorang lagi wakil Denmark, Anders Antonsen dalam aksi final, esok.
Ketika ditemui pemberita, Yu Qi berkata pada perlawanan hari ini, beliau memiliki kelebihan dari segi psikologi kerana tidak mempunyai tekanan berbanding Axelsen yang merupakan pilihan utama.
"Axelsen merupakan pemain terbaik, jadi tekanan tentunya pada beliau. Dari segi fizikal, memang beliau mempunyai kelebihan dari segi ketinggian.
"Saya mahu menang setiap perlawanan, bukan hanya menyasarkan kepada Super 1000 semata-mata. Bagus untuk mara ke final, ia cabaran buat saya," katanya.
Sementara itu, Axelsen berkata walaupun tidak berada pada keadaan terbaik minggu ini, namun beliau tetap memberikan yang terbaik dalam usaha memburu gelaran Terbuka Malaysia ketiganya.
"Walaupun saya mahu menang, tapi Yu Qi lebih berhak kerana beliau pemain yang lebih baik. Apa yang kita harapkan kepada pemain adalah untuk melakukan yang terbaik pada hari perlawanan, dan saya dah lakukan semampunya.
"Saya tidak gembira dengan keputusan hari ini kerana saya menang pelbagai kejohanan Super 1000. Jika bukan sebab kamu adalah pemain terbaik, kamu tidak menang dan hari ini saya bukan pemain terbaik. Saya sepatutnya perlukan rehat yang lebih selepas muncul juara Jelajah Dunia Akhir baru-baru ini," katanya.
Terdahulu, Antonsen mengetepikan pemain Taiwan Lin Chun Yi 21-16, 21-7 untuk layak ke aksi final kejohanan Super 1000 itu.
"Ini merupakan persembahan terbaik saya sejak sekian lama...kali pertama berdepan Chun Yi, beliau merupakan pemain berbahaya, mempunya pukulan smash dan kualiti yang hebat dalam permainan. Saya puas hati dengan kemenangan hari ini.
"Melangkah ke final Super 1000 memberi makna hebat buat saya kerana saya bekerja keras untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Tidak kira dengan siapa saya bakal berdepan (Axelsen atau Yu Qi), saya akan masuk gelanggang dan berikan yang terbaik tanpa tekanan langsung," katanya.
Berdasarkan rekod pertemuan, Yu Qi pernah menewaskan Antonsen empat kali daripada enam pertemuan dengan pemain Denmark itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024
Aksi perseorangan pemain Denmark Viktor Axelsen ketika menentang pemain dari China Shi Yu Qi pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena hari ini. - Foto BERNAMA
RM1 juta diperuntuk bagi pengamal media dalami latihan teknologi AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM1 juta diperuntukan khusus untuk pengamal media mendalami teknologi AI.
Warga emas terselamat jatuh dari tingkat 16
Seorang warga emas terselamat selepas terjatuh dari tingkat 16 kediamannya di Azelia Residence PJU 9, Damansara Damai dekat sini pada Isnin.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ahli Kongres AS gesa Netanyahu hentikan serangan
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ro Khanna menggesa agar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menamatkan serangan ke atas Rafah.
Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355
[TERKINI] Polis perlu lebih masa siasat 5 ahli keluarga penyerang balai polis
PDRM memerlukan lebih masa untuk menyiasat dengan teliti lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
Yu Qi raih gelaran Terbuka India
Manakala gelaran perseorangan wanita menjadi milik pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo, Tai Tzu Ying dari Taiwan.
Yu Qi singkir Axelsen untuk berdepan Antonsen di final Terbuka Malaysia 2024
Wakil China, Shi Yu Qi mempamerkan aksi cemerlang untuk menamatkan penguasaan pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2024 hari ini.